Wednesday, October 22, 2008

Gempar !!! PUNK ANTI AL-QURAN

Di sini saya ingin mencoretkan selingkar kisah tentang pengalaman seorang remaja yang pernah bergaul dengan budak-budak remaja yang mengamalkan budaya hidup ‘Punk’. Jue seorang gadis remaja yang masih berumur 15 tahun, berasal dari utara tanah air merupakan salah seorang penghuni Pusat Perlindungan Raudhah di Gombak Selangor. Dia sepatutnya masih bersekolah namun akibat pengaruh kawan-kawan dan kurangnya perhatian daripada ibu bapa menyebabkan kehidupannya tiada arah tujuan hinggalah akhirnya dia terpaksa ditempatkan di pusat perlindungan tersebut. Jue pernah terjebak dan bergaul rapat dengan budak-budak punk. Pelbagai pengalaman dahsyat yang pernah dialaminya termasuklah perkara yang boleh menggugat akidah sewaktu dia terjebak di dalam kumpulan budak-budak punk tersebut. Apakah pengalaman dahsyat yang pernah disaksikannya itu? Begini cerita jue; “Masa itu saya tinggal di Kedah. Saya bercinta dengan seorang budak punk. Suatu hari, teman lelaki saya telah mengajak untuk berkumpul dengan budak-budak punk di Pulau Pinang. Perjumpaan itu diadakan di sebuah rumah kosong di kawasan perumahan terbengkalai. Masa saya sampai, dah ada 18 orang budak budak puk lelaki dan perempuan dalam rumah itu. Macam biasa… semua memakai jaket kulit, ada besi tajam-tajam. Boot tinggi dah wajib, rambut berduri, macam-macam warna sambil mereka melayan lagu punk. Sedang asyik melayan lagu, tiba-tiba separuh budak-budak punk itu masuk ke bilik di tengah rumah tersebut. Mereka buat satu bulatan manakala yang lain-lain berlonggok di depan pintu bilik”. Jue telah melihat ada buku yang diletakkan di atas lantai di tengah bilik tersebut. Tiga buah buku semuanya disusun bertingkat-tingkat. Tiba-tiba ketua budak-budak punk tersebut bangun dan menyepak buku-buku tersebut. Bertabur dan melayang buku tersebut ke dinding. Budak-budak punk yang lain turut mengikut perilaku ketua mereka. Setelah disepak, mereka memijak-mijak kemudian mengoyak-ngoyakkan buku tersebut sehingga menjadi cebisan dan bertaburan di lantai.

Setelah diamati alangkah terkejutnya Jue apabila melihat cebisan-cebisan kertas yang sudah terkoyak adalah Al-Quran. Menggigil badan Jue. Setelah puas menyepak, memijak dan mengoyak-ngoyak helaian Al-Quran itu, budak-budak punk tersebut ketawa beramai-ramai. Mereka bersorak gembira. Kemudian, ketua budak-budak punk itu mengeluarkan pemetik api dan membakar al-Quran tersebut. Begitulah cerita dahsyat Jue. Menurut Jue, sepanjang pengalaman dia bercampur dengan budak-budak punk, unsur-unsur anti pada agama dan peraturan memang wujud dalam kumpulan berkenaan. Mereka menganggap al-Quran itu sebagai suatu peraturan yang perlu diprotes dan dimusuhi.

Cerita di atas merupakan suatu iktibar pada kita umat Islam khususnya kepada ibu bapa. Sedih apabila melihat fenomena yang berlaku di kalangan remaja sekarang di mana dari hari ke hari penghayatan Islam dalam kehidupan mereka semakin terhakis malah lebih teruk lagi ada sesetengah remaja yang langsung tiada mendapat pengajaran dan mengamalkan penghayatan Islam dalam hidup mereka. Kesimpulannya, institusi keluarga yang kukuh dari segi corak hidup, ekonomi dan sosial merupakan faktor yang penting dalam membantu remaja-remaja ini menentukan arah hidup mereka ke arah yang betul dan dalam pengawalan akidah mereka daripada terpesong dari Islam. Peranan ibu bapalah dalam mencorak keperibadian anak-anak mereka sejak kecil lagi dengan penghayatan Islam yang sebenar dalam kehidupan mereka. Wallahu a’llam.

2 comments:

CaHaYaPeTuNjUk said...

Ya Allah, begitu mudah anak-anak muda sekarang terpengaruh dengan unsur-unsur yang boleh melemahkan akidah..akhir kata, berhati-hatilah memilih kawan..

@deQ said...

terima kasih diatas perkongsian ilmu yang tidak ternilai ini..tahniah juga kepada saudari kerana telah menghasilkan blog yang menarik..isu yng berkaitan akidah seperti ini semakin membarah dalam masyrakat kita..remaja terdedah dengan budaya-budaya barat..salah siapa??perlukah menuding jari pada orang lain sedangkan 4 jari lg menunjukkan kepada kita...oleh itu sebagai pendakwah..ayuhlaa sama-sama kita bangkit menegakkan kembali kegemilangan Islam...TAKBIR..=>