Wednesday, October 22, 2008

ROGOL DARI PERSPEKTIF UNDANG-UNDANG ISLAM


Menurut perspektif undang-undang Islam, rogol dalam istilah bahasa Arab disebut sebagai ightisab yang berasal daripada perkataan ghasb yang bererti merampas atau mengambil sesuatu tanpa kerelaan. Walau bagaimanapun dalam undang-undang Islam kebanyakan ulama’ tidak menggunakan istilah ini bagi membincangkan tentang masalah rogol bahkan mereka menggunakan istilah zina bi al-ikrah atau zina secara paksaan. Perbuatan merogol diklasifikasikan sebagai kesalahan zina dalam undang-undang Islam. Sebenarnya istilah rogol tidak dijelaskan secara terang tetapi para fuqaha’ mengklasifikasikannya sebagai zina yang dipaksa. Maka jelaslah bahawa rogol dalam istilah undang-undang Islam merupakan zina yang dipaksa dan dipandang serius.

Ciri kesalahan rogol

1) Zakar itu betul-betul masuk ke dalam faraj perempuan yang bukan isterinya atau pun miliknya dengan cara paksa.
2) Tanpa kerelaan atau persetujuan daripada perempuan.

Pembuktian Jenayah Rogol

1) Penyaksian

Penyaksian oleh 4 orang yang muslim, adil dan melihat sendiri perbuatan jenayah tersebut.

2) Pengakuan

Pengakuan daripada pesalah sendiri yang mengaku bahawa memang benarlah dia yang melakukan jenayah tersebut. Pengakuan tersebut hendaklah datang daripada orang yang mukallaf.

3)Qarinah
Qarinah bermaksud tanda-tanda lahiriah yang ada pada sesuatu yang tersembunyi yang boleh membuktikan adanya unsur-unsur jenayah. Qarinah juga bermaksud sesuatu yang dapat diambil kesimpulan setelah mendapat pandangan dan maklumat daripada doktor-doktor pakar. Oleh itu, qrinah digunakan apabila tidak ada penyaksian dan pengakuan daripada perogol. Kaedah moden pembuktian adalah seperti ujian darah, air mani, rambut dan kesan-kesan jari pada mangsa dapat membantu untuk mengenal pasti lelaki yang merogol seseorang perempuan.

Hukuman terhadap Kesalahan Rogol

1) Hukuman rejam dan sebat mengikut keadaan perogol itu sama ada dia pernah berkahwin atau belum. Kalau sudah berkahwin direjam sampai mati. Manakala perogol yang belum berkahwin dirotan seratus kali.
2) Wajib ke atas lelaki yang merogol ataupun keluarganya membayar mahar misil (harga senilai mas kahwin keluarganya) kepada perempuan yang dirogol itu.
3) Jika perempuan yang dirogol itu cedera, wajib bagi lelaki yang merogolnya membayar pampasan bagi merawat kecederaan perempuan tersebut.
4) Jika perempuan yang dirogol itu mati disebabkan persetubuhan yang dilakukan oleh lelaki yang merogolnya, perogol itu hendaklah diqisas dan keluarga lelaki tersebut wajib membayar pampasan kematian tersebut kepada waris perempuan sebagai diat.

Berdasarkan perbincangan di atas, dapatlah disimpulkan bahawa undang-undang Islam tidak mengharuskan hubungan jenis antara lelaki dan perempuan kecuali melalui perkahwinan yang sah di sisi syarak. Oleh itu, masyarakat Islam secara keseluruhannya perlulah bertanggungjawab dalam usaha membanteras jenayah yang dianggap boleh menjatuhkan moral dan akhlak masyarakat Islam, malahan akan menghancurkan institusi kekeluargaan yang menjadi pemangkin dan asset terpenting. Selain itu, masyarakat seharusnya kembali kepada ajaran agama yang mementingkan soal hubungan kekeluargaan serta meningkatkan keimanan dan kesedaran.

2 comments:

Faizah Mulus said...

assalamualaikum, amalina.
nice blog. apa langkah-langkah untuk elak kejadian rogol?? bagi saya peranan masyarakat dan persekitaran hanya sedikit. apa byang penting adalah apa peranan kita untuk melindungi diri?? kalau kita kata kita kena menutup aurat, emmm, xblh jgk. sbb lg bnyak orang yg menutup aurat kene rogol!! so,bagaimana?? emm,apa-apa pun hindari diri anda jd mangsa rogol...

Ahmad Khalilul said...

saya tertarik dengan komen saudari Faizah Mulus. Cara yg terbaik mengelakkan jenayah rogol adalah dengan menutup aurat dan Melaksanakan undan2 Islam. Timbul penyataan kenapa orang menutup turut dirogol? adakah menutup aurat tidak berkesan?, kenyataan ini salah sama sekali, kenapa orang yg menutup aurat juga dirogol?, sbbnya ialah kesan daripada orang lain yang tidak menutup aurat, kerana nila setitil, rosak susu sebelanga.