Friday, October 17, 2008

PERANAN SISTEM PENDIDIKAN DALAM PEMBANGUNAN KELUARGA ISLAM

Pendidikan Keibubapaan


Sistem pendidikan sesebuah negara mempunyai kaitan dengan jenis guna tenaga manusia yang ingin dilahirkan. Pembangunan sumber daya insan dan pembangunan keluarga merupakan dua faktor penting dalam pembangunan Negara. Oleh itu, sistem pendidikan negara harus mampu menawarkan kepelbagaian disiplin dalam kerikulum, ilmu dan ketrampilan. Selain itu, kualiti diri sebagai bakal ibu dan ayah dengan ilmu dan ketrampilan keibubapaan yang baik juga diperlukan. Hal ini menjadi keutamaan kerana kualiti keluarga yang dibangunkan mempunyai hubungan langsung dengan keseluruhan kualiti pembangunan negara. Tanpa unit keluarga yang berkualiti tidak mungkin ia mampu menyumbang ke arah pembangunan negara.

Salah satu aspek pendidikan yang terabai selama ini ialah ‘Pendidikan Keibubapaan’. Sistem pendidikan negara harus menyediakan asas yang kukuh tentang keibubapaan kerana keluarga merupakan unit masyarakat yang penting dalam proses pembangunan negara. Pendidikan keibubapaan bermaksud suatu corak pendidikan langsung dan tidak langsung yang disediakan dalam jadual pendidikan para pelajar. Penyediaan jadual itu harus merentasi sifatnya dari peringkat rendah, menengah hinggalah ke peringkat universiti. Di dalam pendidikan keibubapaan, para pelajar perlu didedahkan dengan ilmu tentang pertumbuhan dan perkembangan kognitif atau minda manusia, perubahan psikik dan emosi manusia dan kaitan kognitif, psikik serta emosi manusia dengan tingkah lakunya. Lebih jauh lagi, pada tahap yang sesuai, para pelajar didedahkan dengan keperluan menjadi ibu bapa yang baik secara teorinya dan ditunjukkan contoh-contoh keluarga yang berjaya serta menyumbang terhadap pembangunan keluarga.

Dapat disimpulkan bahawa pentingnya sistem kekeluargaan memberikan asas pendidikan yang betul kepada anak-anak adalah sesuatu yang tidak boleh dielakkan. Sistem pendidikan pula menyambung peranan kelaurga tadi dan menjadi pelengkap yang berguna. Sekiranya ibu bapa dan pendidik mempunyai ilmu dan dan ketrampilan keibubapaan yang baik, maka anak-anak yang ceria dan tinggi akhlaknya dapat dibentuk sekaligus dapat membangunkan sebuah keluarga Islam yang cemerlang.

2 comments:

CaHaYaPeTuNjUk said...

keluarga merupakan institusi utama yang mendidik anak-anak secara tidak langsung..oleh itu, ibu bapa perlu memainkan peranan yang serius dalam memberi pendidikan kepada anak-anak agar mereka tidak mudah dipengaruhi oleh gejala-gejala yang tidak sihat..

NAFIZA said...

Pada pendapat saya, keluarga adalah asas dan sumber kekuatan masyarakat. Ini adalah kerana masyarakat itu terdiri daripada unit unit keluarga, dan keluarga adalah laksana sel-sel yang membentuk tubuh. Jika keluarga baik, nescaya masyarakat pun akan menjadi baik, dan sebaliknya jika keluarga itu rosak maka masyarakat seluruhnya akan menjadi rosak.