Friday, October 17, 2008

ISU PELAJAR IPTA BEKERJA SAMBILAN

Di zaman negara kita dilanda keadaan ekonomi yang tidak menentu kini menyebabkan ramai individu mengambil peluang melakukan apa sahaja usaha untuk mengekalkan taraf ekonomi masing-masing. Individu yang terlibat termasuklah juga di kalangan para pelajar IPTA sendiri yang turut terkena tempias bahang ekonomi yang semakin meruncing kini. Isu harga minyak di pasaran dunia yang naik baru-baru ini telah banyak mempengaruhi sedikit sebanyak harga barang pelbagai lagi yang banyak kaitannya dalam menjalani kehidupan sebagai manusia. Oleh itu, pelajar IPTA yang turut terkena tempiasnya juga mengambil inisiatif sendiri untuk bekerja sambil belajar untuk menampung kehidupan dan kos pengajian di universiti. Walau pun ada yang bergantung dengan PTPTN mahupun biasiswa namun alasan mereka pinjaman atau punh biasiswa yang mereka dapat itu tidak memadai lagi.

Dari sudut positifnya, memanglah bekerja sambilan ini dapat memberi nilai tambah kepada pelajar-pelajar dari segi mendapat pengalaman bekerja, belajar hidup berdikari dan menambah pendapatan. Namun pokoknya di sini bagaimana pelajar tersebut dapat membahagikan masa antara belajar dan bekerja. Jika tidak diatur dengan betul perancangan masa tersebut maka takut nanti mereka akan tercicir dalam pelajaran. Kesimpulannya tiada salahnya untuk bekerja sambilan tetapi perlulah dirancang dengan sebaiknya dari segi pembahagian masa dan jenis pekerjaan yang diceburi. Sekian, renung-renungkan.

2 comments:

tymoon said...

pelajar kini selain terbeban dengan tugasan, turut terbeban dengan kos sara hidup yang tinggi. Oleh itu, perlu cari alternatif lain selain duit pinjaman atau biasiswa..

zakiah othman said...

Saya amat bersetuju sekali dengan penulis yang mengatakan bahawa tidak ada salahnya mahasiswa ini bekerja sambilan untuk menampung kehidupan mereka di kampus.. pinjaman yang diperolehi mungkin tidak cukup untuk menampung kehidupan mereka di kampus, tambah-tambah lagi kepada mereka yang tinggal di kolej kediaman yang mengenakan bayaran yang tinggi. walaubagaimapanapun kita boleh mengambil inisiatif sendiri untuk berjimat dalam perbelanjaan seharian..saya perhatikan apabila masuknya duit pinjaman ke akaun pelajar-pelajar, mereka dengan galaknya boros berbelanja mengikut kemahuan hati tanpa memikirkan dihujung semesta nanti mereka akan kekurangan kewangan untuk berbelanja..ada yang membeli handphon yang canggih2, ada yang membeli pakaian-pakaian baru dan membeli barang-barang lain yang tidak menjadi keperluan..bergelar sebagai seorang mahasiswa sepatutnya sudah bijak untuk memeikirkan perkara sebegini.. berjimatlah untuk hari esok..sekiranya hendak bekerja sekalipun..pandai-pandailah membahagikan masa dengan baik..wassalam