Monday, October 13, 2008

PENJAJAHAN DI NEGARA ISLAM- PALESTIN

Seperti yang diketahui, Palestin adalah sebuah negara Islam yang melahirkan para-para anbia dan Rasul seperti Nabi Ibrahim a.s, Nabi Yusuf a.s, Nabi Musa a.s dan lain-lain lagi. Dan sememangnya bumi Palestin ini tekenal dengan keunggulan ilmu Islamnya serta tokoh-tokoh Islam yang lahir. Tetapi bagi bangsa Israel, Palestin adalah merupakan sebuah negara pengganas. Beikutan fahaman inilah berlakunya kekeliruan bagi negara lain yang telah menganggap Palestin sebagai neara pengganas sedangkan rakyat Palestin berjuang adalah untuk memerangi penjajah bangsa Israel yang telah merampas tanah air mereka dan juga mengusir mereka daripada rumah mereka bahkan memaksa mereka meninggalkan tanah air mereka sendiri. Sebagaiman yang telah disyariatkan dalam syariat samawi, memerangi penjajah adalah satu kewajipan. Firman Allah SWT: Bermaksud: "Dan perangilah kerana (menegakkan dan mempertahankan) agama Allah akan orang-orang yang memerangi kamu, dan janganlah menceroboh (memulkan peperangan) kerana sesungguhnya Allah tidak suka orang-orang yang menceroboh". (Surah Al-Baqarah: 190).
Berdasarkan firaman Allah SWT ini jelas bahawa perjuangan rakyat Palestin bukan suatu keganasan sebaliknya mereka hayalah berjuang untuk membela hak mereka dengan apa jua alat yang mereka ada.

Kezaliman puak kuffar ini akan terus berleluasa di bumi ISlam selagi mereka tidak berpuas hati Islam tidak dilemparklan dari muka bumi ini kerana mereka menganggap Islam adalah punca segala keganasan yang berlaku. Oleh itu, umat Islam seluruhnya yang berada di muka bumi Allah ini haruslah bangkit membina kekuatan di segenap bidang di dunia mahupun akhirat, terutamanya dengan menguasai ekonomi dan teknologi. Selain itu, dengan kemantapan akidah dan iman, dapat membangkitkan ummah sambil diiring dengan usaha, doa dan tawakal kepada Allah SWT.

No comments: