Monday, October 13, 2008

SISTEM PERBANKAN ISLAM MENJANA EKONOMI UMAT ISLAM

Aktiviti perbankan Islam bermula pada September 1963 dengan tertubuhnya Perbadanan Wang Simpanan Bakal-bakal Haji (PWSBH). PWSBH telah ditubuhkan untuk dijadikan institusi bagi umat Islam membuat simpanan sebagai persediaan engerjakan ibadat haji ke tanah suci Mekah. Bank Islam yang pertama di Malaysia telah ditubuhkan pada 1983 dan didaftarkan sebagai Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB). BIMB adalah sebuah institusi kewangan Islam yang menjalankan aktiviti perbankan Islam yang berlandaskan prinsip syariah. Aktiviti perbankan Islam yang dijalankan tidak membenarkan pembayaran atau penerimaan faedah dan menggalakkan perkongsian kentungan di dalam amalan perbankan dari sudut pandangan Islam. Di antara aktiviti perbankan Islam yang dijalankan oleh BIMB ialah Al-Mudharabah.

Perkhidmatan Al-Mudharabah yang dipraktikkan di BIMB ialah dengan melakukan satu perjanjian antara pemodal dan pengusaha di mana pengusahanya ialah pihak bank sendiri. Pemodal bersetuju membiayai projek yang sedang atau akan diusahakan oleh pengusaha secara perkongsian untung mengikut nisbah pembahagian yang terlebih dahulu dipersetujui bersama. Antara hikmah yang dapat diperolehi daripada pelanggan-pelanggan melalui sistem mudharabah ini ialah pelanggan-pelanggan dapat mengembangkan harta mereka iaitu dengan melaburkan harta mereka itu dengan cara yang sah kepada BIMB. Kemudian pihak bank akan menguruskan dan mengembangkan hartanya melalui aktiviti mudharabah ini. Seterusnya, pemodal atau pelanggan dapat membentuk kerjasama yang baik dengan pihak bank dalam penggunaan harta dan tenaga yang disatukan untuk menghasilkan wang yang banyak dengan mencari keuntungan yang berlipat kali ganda. Akhir sekali ialah melalui sistem mudharabah ini ia dapat membantu mereka yang kesempitan hidup dengan pelaburan mereka yang melabur di Bank Islam yang nanti akan dapat mendatangkan hasil yang lumayan kepada pelabur mahupun pihak bank. Di sini dapatlah diatakan bahawa melalui aktiviti prbankan islam ini sememangnya ia mendatangkan faedah dan manfaat yang banyak kepada masyarakat khususnya kepada masayarakat Islam dalam membantu menjana ekonomi masing-masing. Oleh itu kita sebagai umat Islam mestilah mengambil peluang ini dalam menguruskan kewangan dan harta kita mengikuta saluran yang diredhai oleh Allah SWT. Insya'Allah harta yang diurus dengan jalan yang diredhaiNYA akan mendatangkan keberkatan daripadanya. Wassalam....

No comments: