Wednesday, October 8, 2008

LEMAHNYA KEPRIHATINAN IBU BAPA TERHADAP PENDIDIKAN KEPADA ANAK-ANAK

Ibu bapa merupakan orang yang pertama bertanggungjawab memberi pendidikan secukupnya kepada anak-anak sama ada pendidikan agama atau akademik. Namun pada masa kini terdapat sesetengah ibu bapa yang kurang memberi perhatian dalam memberi pendidikan yang sewajarnya kepada anak-anak mereka. Antara faktor keadaan ini berlaku disebabkan kesibukan tugas harian dan kealpaan ibu bapa dalam membahagikan masa dengan anak-anak sehinggakan kehidupan anak-anak mereka terumbang-ambing tanpa sebarang bimbingan dan kasih sayang daripada insan yang amat mereka sayangi. Akhirnya anak-anak ini terjebak dengan gejala sosial yang merosakkan masa depan mereka.
Terdapat di kalangan ibu bapa:
1. Tidak memberi didikan asas agama
2. Tidak mengambil berat tenang pencapaian akademik anak-anak mereka.
3. Tidak mengambil tahu tentang masalah yang dihadapi oleh anak-anak mereka.
4. Tidak mengambil tahu aktiviti-aktiviti yang dijalankan di sekolah.
5. Tidak menghiraukan pergaulan dan kawan pilihan.
Jika keadaan ini terus dibiarkan dan dipandang enteng oleh ibu bapa dalam mendidik anak-anak, maka bagaimanalah negara kita akan maju pada hari-hari yang mendatang kerana pada anak-anak inilah negara bergantung harap untuk menjadi pelapis pemimpin yang sedia ada kini. Dan tidak dilupakan juga, bagaimanala sesuatu institusi kekeluargaan itu akan kukuh dan kekal sekiranya salah satu punca tonggak yang mendirikan keluarga itu lemah. Wallahuallam....

1 comment:

Muslimah Sejati said...

assalamualaikum...
memg btul seprti apa yang telah saudari siarkan..ibu bapa kini kurang memberi perhatian terhadap pendidikan anak-anak..namun begitu ibu bapa bukanlah menjadi faktor utama dalam meningkatnya gejala sosial pada masa kini.kdang kala ibu bapa sudah memberikan apa yang terbaik dalam didikannya tetapi berlaku juga msalah gejala sosial yang smpai bila kite sendiri tidak tahu akan selesai..kdg kala faktor persekitaran atau rakan2 yang memainkan peranan..ini kerana pada usia yang meningkat remaja memerlukan seseorang yang dapat mendgar kesushan dan kesengan mereka..ape2 pun thanks ats artikel yng byk memberi maklumat ni..mdah2an ble ade rmaja yang kurang perhatian dari ibubapa bc artikel ni dapatlah berfikir sejenak apa yang ptut n xptut d bwt yek..insyallah...waslam...